01 Maret 2008

Shoutul Dhomir Sebagai "Icon Lagu Nasyid"

houtul Dhomir - Evolusi Nasyid Di Eropah ::..
Posted on: Aug 20, 2003 - 01:34 AM by tokeikedai

Revolusi Nasyid pernah melanda Malaysia beberapa tahun lepas sejak kebangkitan bermula dari kumpulan Raihan kemudian di ikuti oleh pelbagai kumpulan-kumpulan nasyid lain samada yang lama atau baru di tubuhkan seperti Rabbani,Hijaz,In-team,Unic,Now Seeheart,Saujana,Brother dan pelbagai lain yang menjadi alternatif kepada hiburan berteraskan islam dengan lirik-lirik memuji keagungan tuhan,persahabatan malah juga percintaan.
Malah ada juga lagu-lagu nasyid yang mengikuti rentak muzik ketemporari yang di pelopori oleh Rabbani,boleh di katakan lagu-lagu nasyid berjaya 'di jual' dan membawa keuntungan kepada syarikat-syarikat rakaman walaupun kemelut cetak rompak masih lagi menguasai pasaran.Yang lebih di banggakan lagi terdapat kumpulan-kumpulan nasyid seperti Raihan,Rabbbani dan sebagainya di jemput untuk mengadakan konsert serta persembahan di luar negara yang mana sangat sukar bagi artis biasa yang bukan berkonsepkan nasyid untuk mengecapi peluang seperti ini.

Lagu-lagu nasyid tidak terhad kepada bahasa Melayu sahaja malah di lagukan juga dalam bahasa enggris seperti lagu-lagu dari kumpulan Brothers dan juga dalam bahasa cina melalui kumpulan Raihan,banyak juga di lagukan melalui bahasa arab yang boleh di katakan teras kepada lagu-lagu nasyid.




Baru-baru ini pihak kami menerima beberapa buah lagu nasyid yang di nyayikan dalam bahasa yang amat jarang atau tidak pernah kita dengar di malaysia.Bahasa yang di maksudkan itu adalah bahasa Perancis dan German.Wow..hebat bukan ? Ini membayangkan bahawa lagu-lagu nasyid juga boleh mencapai taraf yang tinggi dalam kelasnya yang tersendiri.

Lagu-lagu yang kami maksudkan itu adalah daripada kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai Shoutul Dhomir.Kumpulan ini terdiri daripada 7 orang kanak-kanak yang berbakar besar daripada minoriti muslim yang menetap di perancis berketurunan indonesia dan arab.Kumpulan ini di tubuhkan seawal tahun 2003 di eropah tetapi bertapak di indonesia yang mana lagu-lagu asal di dendangkan dalam bahasa melayu kemudian di terjemahkan kedalam bahasa perancis, walaupun umur mereka masih muda tetapi mereka dapat membawa lagu-lagu nasyid ini dalam bahasa perancis dengan baik berkat usaha dan bimbingan abang-abang mereka dari kumpulan Qotrunada.Album sulung mereka berjaya di hasilkan pada bulan April lepas yang mana di rakamkan di sebuah studio di German.



Sebelum kelahiran album sulung mereka ini,mereka telah kerapkali menerima undangan nyayian bersama-sama kumpulan
Qatrunada (Indonesia) di majlis2 sekitar german dan perancis.Sempena pelancaran album sulung mereka satu promosi telah di jalankan di sebuah majlis Perjumpaan Tahunan Umat Islam di Perancis baru-baru ini yang berlansung selama 4 hari.



Pihak kami mengucapkan syabas dan tahniah di atas usha murni yang di jalankan oleh mereka untuk memberi alternatif hiburan kepada umat islam di eropah khususnya dan dunia amnya.Semoga adik-adik Shoutul Dhomir ini akan berjaya menghiburkan seluruh peminat-peminat nasyid dan hiburan berteraskan islam.



Di bawah ini di sertakan salah satu lirik daripada lagu-lagu mereka.Untuk pengetahuan kepada semua pelayar web Tokeikedai,2 buah lagu mereka dapat di download di ruangan download bertajuk La parole véridique dan Subhanallah.Lagu Subhanallah di nyayikan dalam 3 bahasa iaitu perancis,german dan english.




La parole véridique [Berkata benar]


Berkata benar akhlak yang mulia
La parole véridique et le bon comportement

Sifat terpuji semua orang suka
Des traits loués, aime universellement

Berbohong, menipu, sifat tercela
Le mensonge, la tricherie caractères détestés

Didunia lagi terima balasannya
On leur châtiment dans la vie d ici bas

Meminta izin pada ibubapa
Demander la permission au près de ces parents

Sebelum membuat kerja apa saja
Avant de pouvoir faire n importe quel travail

Ikut kata ibu patuh suruhnya
Obéir à maman et faire ce qu'elle demande


Agar selamat sejahtera hidup kita
Pour vivre dans la paix et la prospérité

Beramah mesra, amalan hidup kita
La tendresse et l affection c'est notre pratique

Pada kawan-kawan juga siapa saja
Envers les amis ainsi que tout les autres

Bertolong membantu, cara hidup kita
La solidarité est notre façon de vie

Agar terjalin , ikaatan setia
Pour tisser ensemble les liens de fidélité

Bekalan insan, iman dan takwa
Les provisions de l homme, l'imane, la taqwa

Untuk menjamin hidup di syurga
Pour garantir la vie au paradis

wahai kawan-kawan jangan kita lupa
Ô mes amis, n'oublient pas

Mari bersama kita usahakannya
Venez ensemble essayons qu'ils soient acquis




Pesanan Dari Shoutul Dhomir :

Espérons que tous les membres de site de web Tokeikedai Online sont consolés de nos chansons.

[Selamat terhibur dengan lagu kami kepada semua ahli lamanweb Tokeikedai Online]



Pstt : Thanks to Brother Khalid Libar for the songs,lyrics n infomation

Tidak ada komentar: